Home » » Kek hari jadi boleh keluarkan duit

Kek hari jadi boleh keluarkan duit

Written By canang on Jumaat, 28 Julai 2017 | 7/28/2017 08:00:00 PG

Beijing: Satu keluarga di China menghasilkan kejutan hari jadi unik dalam bentuk sebuah kek yang boleh mengeluarkan wang.
Seorang wanita di Qingdao di wilayah Shandong berkata, kek itu adalah hadiah hari jadi untuk ibu mentuanya.
Rakaman kek berkenaan tular di media sosial negara itu dengan ramai yang memuji kepintaran penciptanya.

Dalam video itu, kek itu dilihat diletakkan di atas meja dan dikelilingi makanan lain.
Apabila butang pada kek itu ditekan, wang kertas 100 yuan (RM63) dilihat keluar dari kek itu.
Penciptanya, Ren, memberitahu wartawan, dia menghasilkan kek itu kerana mahukan hadiah lain dariyang lain untuk ibu mentuanya.
Menurutnya, menghadiahkan wang dan pakaian untuk wanita berusia sudah terlalu biasa. - Agensi
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger