Home » » Lelaki mengaku curi seluar dalam wanita

Lelaki mengaku curi seluar dalam wanita

Written By canang on Khamis, 27 Julai 2017 | 7/27/2017 12:00:00 PTG

BURUH lelaki ditahan bersama beg mengandungi pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita di Taman Desa Putra Banggol, Manir, Kuala Terengganu, kelmarin.
Suspek berusia 28 tahun itu ditahan polis pada 12.10 tengah hari selepas berada dalam keadaan mencurigakan di kawasan perumahan berkenaan.
Menurut sumber, pemeriksaan lanjut terhadap beg dibawa suspek menemui pelbagai jenis pakaian dan seluar dalam wanita.
Katanya, suspek yang pernah ditangkap kerana kes pecah rumah itu mengaku mencuri pakaian dalam milik penduduk wanita di kawasan berkenaan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan penahanan suspek untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
Sebelum ini, gambar suspek yang ditahan bersama pakaian dalam itu menjadi tular di laman sosial Facebook yang mengingatkan suri rumah agar berhati-hati berikutan kes kecurian seluar dan baju dalam di kawasan berkenaan.H METRO
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger