Home » » Harussani: Apandi sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB

Harussani: Apandi sudah putuskan, buat apa bincang 1MDB

Written By canang on Khamis, 3 Ogos 2017 | 8/03/2017 08:00:00 PG


PETALING JAYA: Majlis Fatwa Kebangsaan tidak perlu bersidang berhubung isu 1MDB, kata Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria.
Beliau mengulas gesaan Penasihat Umum Amanah Ahmad Awang agar majlis fatwa menyatakan pendirian susulan tuduhan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat melibatkan syarikat negara 1MDB.
Harussani memetik seorang peguam di Australia seperti yang dilaporkan Bernama, yang mempertikaikan tindakan Peguam Negara AS, Loretta Lynch.
“Peguam kanan Australia juga berkata tindakan Jabatan Kehakiman Amerika Syarikat sebagai tidak munasabah,” katanya kepada FMT, merujuk seorang individu bernama Quintin Rozario yang mengecam tindakan Lynch sebagai “keterlaluan dan melanggar keadilan asasi”.
Tambah Harussani, Peguam Negara Tan Sri Apandi Ali juga sudah memutuskan 1MDB tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Jadi apa perlunya dan apa yang nak dibincangkan? Isu ini tak perlu fatwa (dikeluarkan),” katanya kepada FMT.
Sebelum ini, Ahmad yang merupakan bekas presiden Persatuan Ulama Malaysia memberitahu portal pro-Amanah, pendirian majlis fatwa dalam isu 1MDB amat penting memandangkan Majlis Raja-raja pada tahun lalu juga menggesa kerajaan segera menyelesaikan isu itu.
Sementara itu, Pengerusi Majlis Fatwa Tan Sri Dr Shukor Husin berkata ia tidak merancang bersidang tentang isu 1MDB.
“Ia sudah dikaji pihak profesional. Kita juga tak punya maklumat tentang soal ekonomi yang teknikal dan di tahap global.
“Maka Majlis Fatwa tidak melihat akan mencampuri hal-hal seumpama ini,” katanya lagi.sumber
Share this article :

1 ulasan:

Racun Bisa berkata...

Semua ustaz2 pilih jalan selamat. Takut2 xdpt pencen dn kena pindah...ini semua poyoooh...

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger