Home » » Jangan jadi tukang kipas, pesan Zahid

Jangan jadi tukang kipas, pesan Zahid

Written By canang on Isnin, 14 Ogos 2017 | 8/14/2017 03:00:00 PTG


Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini menegur pemimpin di peringkat akar umbi supaya tidak menjadi ‘tukang kipas’ dengan menyediakan laporan sokongan berstatus yang baik sahaja.
Sebaliknya, Naib Presiden Umno itu berkata laporan dari bilik gerakan perlulah telus termasuk menyatakan sekiranya sokongan yang diberikan kepada BN kurang memberangsangkan.
“Laporan bila kita (pemimpin) balik kawasan semua cantik…mereka tukang kipas betul, sebab kalau turun (sokongan) mereka kena jawab.
"Cerita yang benar, jangan jadi tukang kipas, kalau kita kurang sokongn kita baiki, kalau kurang (sokongan) tetapi dalam penyata kita diberitahu sokongan tinggi itu yang punah,” katanya semasa berucap merasmikan Persidangan Perwakilan Umno Bahagian Tapah hari ini.
Ahmad Zahid yang kini menjalankan tugas-tugas Timbalan Presiden mengambil contoh, situasi yang berlaku kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa pilihan raya umum ke-11 (PRU11) sehinggakan beliau hanya mendapat 261 majoriti undi dalam Parlimen Pekan.
“Undi lebih sikit aja sebab bila balik ke kawasan tengok laporan bilik gerakan naik. Tapi Dalam PRU12 naik 20,000 dan PRU13 naik lebih 22,000,” katanya.
Dalam pada itu, Ahmad Zahid menegaskan isu nasional bukan faktor utama yang menyebabkan undi di sesuatu kawasan menurun, sebaliknya perkhidmatan yang dilaksanakan oleh jentera dan pemimpin merupakan kayu pengukur.
Katanya, jentera parti perlulah sentiasa menjalankan kerja dan tanggungjawab walaupun pemimpin atasan tidak balik ke kawasan.
“Jentera perlu turun ke bawah betulkan persepsi, jangan turun bila pemimpin turun, bila pemimpin tak balik jentera pun tak peduli.
"Itu bukan cara kerja jentera di peringkat bawah, walaupun pemimpin tak turun kerja tetap kena jalan, sebab saya banyak kali beritahu kita bukan parti politik bermusim,”
katanya.
Ahmad Zahid juga optimis pengundi masyarakat Cina akan kembali menyokong BN pada PRU14 selepas golongan tersebut kini sedar mereka telah ditipu oleh pembangkang.
“Kita perlu melibatkan diri dengan pertubuhan bukan kerajaan dan persatuan-persatuan masyarakat Cina sebab mereka ingin rapat dengan kita,” katanya.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger