Home » » Surat guaman Azmin tuntut IGP bawa pulang Jho Low

Surat guaman Azmin tuntut IGP bawa pulang Jho Low

Written By canang on Rabu, 2 Ogos 2017 | 8/02/2017 08:36:00 PTG

Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menuntut pihak polis untuk mencari dan mengekstradisi ahli perniagaan kontroversial Low Taek Jho, atau Jho Low yang dikaitkan dengan skandal kewangan 1MDB.
Peguam Latheefa Koya berkata surat tuntutan rasmi telah dihantar kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar semalam dengan notis 14 hari untuk beliau bertindak.

"Kami telah diarahkan oleh MB (Azmin) untuk mengeluarkan notis berkaitan dengan cara untuk menahan dan membawa pulang Jho Low ke Malaysia dengan bantuan Interpol," katanya kepada pemberita di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur di Jalan Duta pagi ini


Latheefa, yang diiringi peguam N Surendran, berkata tuntutan itu dibuat kerana adalah dipercayai bahawa tidak ada sebarang usaha setakat ini untuk membawa pulang Jho Low.
"Jika IGP gagal mematuhi, maka Azmin akan memfailkan tindakan selanjutnya di mahkamah," kata Surendran
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget

comment pembaca

 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger