Home » » Lembu korban berharga RM24,000

Lembu korban berharga RM24,000

Written By canang on Ahad, 10 September 2017 | 9/10/2017 12:00:00 PTG

Magelang (Indonesia): Seorang penternak di sini menjual seekor lembu jumbo dengan harga Rp75 juta (RM24,000) sempena perayaan Aidiladha ini.
Nur Waluyo yang tinggal di lereng Gunung Merapi di Desa Polengan, Srumbung di Magelang, Jawa Tengah berkata, dia memiliki dua lembu seberat 1.25 tan dan 1.1 tan.
“Untuk lembu seberat 1.25 tan itu saya jual pada harga Rp75 juta manakala seekor lagi berharga Rp65 juta (RM20,795),” katanya yang dipetik Antara News.
Menurutnya, lembu daripada baka simental dan brahma itu diberi makan rumput, hampas gandum dan pelbagai makanan lain untuk menggemukkan haiwan itu.
“Selepas diberi makanan ini berat kedua-dua lembu terus naik mendadak,” katanya.
Bagaimanapun, Nur Waluyo memberitahu sehingga kini tiada siapa mahu membeli lembu miliknya.
“Ada yang mahu membeli lembu saya pada harga Rp70 juta (RM22,393) tetapi saya tetap dengan pendirian saya,” jelasnya.
Menurutnya, sebelum Aidiladha ini berakhir dia berharap ada individu atau jabatan kerajaan membeli lembunya untuk dikorban.
Pada tahun lalu, Nur Waluyo juga berjaya memelihara lembu hingga mencecah berat lebih satu tan dan dijual untuk dikorbankan.
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger