Home » » Mat Sabu kongsi pengalaman naik pesawat udara A400M

Mat Sabu kongsi pengalaman naik pesawat udara A400M

Written By canang on Ahad, 27 Mei 2018 | 5/27/2018 12:08:00 PG

 Menteri Pertahanan Mohamad Sabu berkongsi rasa bangganya selepas menaiki pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) model Airbus A400M
Mohamad yang menceritakan pengalamannya itu berkata, sejak kecil beliau hanya mampu mendengar bunyi pesawat udara pengangkut tentera itu berlepas dan mendarat di pangkalan udara berhampiran rumahnya.
"Inilah pertama kali saya dapat naik kapal terbang TUDM Airbus A400M dan perjalanannya baik walaupun dalam keadaan awan yang agak tebal tapi goncangnya agak kurang.
"Saya sendiri tidak rasa cemas apa-apa. Saya haraplah kapal terbang ini sentiasa berada dalam keadaan yang baik terutama untuk membawa tentera kita menjalankan tugas menjaga keselamatan seluruh negara," katanya seperti dipetik Bernama.
Mohamad, yang mesra dikenali sebagai Mat Sabu berkata demikian dalam sidang media selepas majlis berbuka puasa bersama-sama anggota TUDM di Pangkalan Udara Butterworth, Pulau Pinang hari ini.
 Dalam sidang media itu, Mohamad menekankan agar beberapa pembaharuan perlu dibuat terutamanya yang membabitkan peralatan ketenteraan
Beliau berkata perkara itu akan dibawa ke Kabinet untuk dipertimbangkan dan berharap Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan menyokong perkara itu.
"Bila mendengar taklimat tentera darat, laut dan udara, saya rasa perlu tindakan segera untuk kita memperkemaskan peralatan ATM ini. Saya harap perdana menteri dapat menyokong untuk membuat pembaharuan segera terutama soal peralatan ketenteraan kita.
"Inilah yang kita mahu supaya peralatan kelengkapan ketenteraan sama ada di peringkat persenjataan atau peralatan pengangkutan berada dalam keadaan terbaik supaya soal keselamatan negara menjadi keutamaan demi kesejahteraan seluruh rakyat Malaysia," katanya dipetik sebagai berkata.
Kunjungan ke Pangkalan Udara Butterworth merupakan kunjungan pertama Mohamad selepas menerajui Kementerian Pertahanan pada 22 Mei lepas
Share this article :

Tiada ulasan:

Blogger Widget Get This Widget
 
Support : Creating Website | Johny Template | Mas Template
Copyright © 2011. Cananglahnie - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website
Proudly powered by Blogger