Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat tewas dalam undi tidak percaya terhadap beliau sementara Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang digantung keanggotaan diterima semula tetapi bukan sebagai timbalan presiden pada mesyuarat luar biasa (EGM) parti itu di sini hari ini.
1,155 perwakilan mengundi resolusi pertama iaitu tidak percaya kepada Ong sementara 1,141 mengundi menentangnya. Lapan kertas undi rosak.
Sebanyak 1,204 perwakilan bersetuju bahawa keputusan majlis presiden pada 26 Ogos untuk menerima cadangan lembaga disiplin dan kemudian keputusan jawatankuasa pusat bagi menyingkir atau menggantung Dr Chua dibatalkan bagi resolusi kedua, ini bermakna beliau akan diterima semula sebagai anggota parti.
Seramai 1,184 daripada 2,304 perwakilan juga memutuskan menentang resolusi ketiga – bahawa Dr Chua diterima semula sebagai timbalan presiden.
Keputusan itu diumumkan oleh Speaker Datuk Yip Phooi Hong pada pukul 4.10 petang selepas undi dikira dua kali bagi resolusi pertama.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.