Sabtu, 10 Oktober 2009
Janda Baik bakal bergegar lagi
BENTONG - Kawasan Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini berkemungkinan akan dilanda gempa kecil lagi sekiranya masih berlaku kejadian gempa bumi besar melanda Sumatera, Indonesia.
Pengarah Jabatan Meteorologi, Dr. Yap Kok Seng (gambar) berkata, sekiranya gempa bumi berlaku di Sumatera, kedua-dua kawasan itu akan turut mengalami gegaran kecil.
Bagaimanapun, katanya, jika gegaran berlaku di dua kawasan berkenaan, kekuatan gegarannya diramalkan tidak akan melebihi ukuran 3.5 pada skala Richter."Kita tak boleh ramalkan bila (gempa bumi besar) akan berlaku tetapi kita tahu di Sumatera ada kemungkinan akan berlaku gempa bumi yang besar.
"Jika ini berlaku, Bukit Tinggi ada kemungkinan akan mengalami gegaran kecil. Kita tak jangka akan berlaku risiko gempa bumi yang kuat," katanya pada taklimat mengenai gempa bumi di Bukit Tinggi dan Janda Baik di sini semalam.
Taklimat berkenaan dihadiri oleh wakil-wakil daripada pelbagai agensi antaranya Majlis Keselamatan Negara dan Jabatan Mineral dan Geosains.
Kelmarin lapan gempa kecil berukuran 1 hingga 2.8 pada skala Richter telah berlaku di Bukit Tinggi dan Janda Baik yang terletak kira-kira 45 kilometer dari Kuala Lumpur menyebabkan kira-kira 6,000 penduduknya gempar seketika.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.