Selasa, 27 Oktober 2009

Najib Altantuya:Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah ditahan ketika cuba serah memorandum kepada Ketua Biro Kosmo Kedah

ALOR SETAR 27 Okt. — Dua lelaki termasuk Ketua Dewan Pemuda Pas Kedah, Ahmad Yahya ditahan kerana terlibat dalam perhimpunan haram semasa cuba menghantar memorandum kepada Ketua Biro akhbar Kosmo Kedah, Ahmad Syahir Kassim di Bangunan Tunku, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kota Setar, Asisten Komisioner Abdul Ghafar Rajab berkata, Ahmad dan seorang anggota Exco Dewan Pemuda Pas Kedah itu ditahan selama satu jam untuk diambil keterangan berhubung insiden yang berlaku kira-kira 4.30 petang.

Beliau berkata, kedua-dua mereka kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis.
"Polis akan membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 27 Akta Polis kerana menganjurkan perhimpunan haram tanpa permit dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana cuba menghalang penjawat awam menjalankan tugas,” katanya kepada pemberita di sini hari ini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.