SHAH ALAM: Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan hari ini membidas beberapa penulis blog yang mempertikai kredibiliti polis yang masih gagal mengesan pengendali laman web 'Malaysia Today', Raja Petra Raja Kamarudin, untuk hadir ke mahkamah.
Beliau berkata kelemahan bukanlah di pihak polis tetapi sebaliknya Raja Petra sendiri yang melarikan diri dan mengelak daripada diadili di mahkamah.
"Buat apa dia lari? Kalau dia kata apa yang dia tulis itu benar datanglah. Kita ada undang-undang oleh itu jawablah di mahkamah.
"Kalau lari maknanya dia tahu dia buat benda tidak betul. Kenapa kata kelemahan polis pula," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sambutan Aidilfitri dan Deepavali anjuran Polis Kontinjen Selangor di sini hari ini.Pada 12 Oktober lalu, Mahkamah Sesyen Petaling Jaya menetapkan 11 November ini sebagai tarikh akhir sebutan waran tangkap terhadap Raja Petra dan notis tunjuk sebab kepada isterinya, Marina Lee Abdullah selaku penjamin selepas enam bulan pengendali laman web itu melarikan diri.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.