Rabu, 28 Oktober 2009
MB Haram,Sidang DUN Haram, Polis jadi Raja: Sivakumar,Berebut jubah kemuncak kekecohan antara polis dan Adun PR
IPOH: Adegan tarik menarik jubah yang dipakai bekas Speaker, V Sivakumar dan anggota polis menjadi antara kemuncak kekecohan yang menghiasi persidangan pertama, Mesyuarat Pertama Penggal Kedua ketika sidang Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak pagi tadi selain beberapa kekacauan lain termasuk gangguan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pakatan Rakyat Perak ketika sesi perbentangan bajet oleh kerajaan negeri.
Kekecohan mula tercetus di perkarangan bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) yang menempatkan Dewan Undangan Negeri (Dun) Perak apabila berlaku satu pergelutan antara pihak polis dan Ahli Dun Pakatan Rakyat (PR) dan ia memuncak selepas pihak berkuasa cuba mengambil semula jubah yang dipakai oleh Sivakumar yang juga Adun Tronoh kira-kira jam 10.05 pagi semalam.
Selain dikasari dan dihalang memasuki dewan, Sivakumar juga mendakwa dirinya dicekik dan perutnya ditekan oleh pihak berkuasa dalam insiden itu selain menyebabkan jubah yang dipakainya mengalami kerosakan dan koyak.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.