Khamis, 22 Oktober 2009

MIC berang dengan tindakan meroboh kuil di Shah Alam

KUALA LUMPUR 22 Okt. — Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu telah mengecam kerajaan pakatan pembangkang Selangor kerana membenarkan perobohan sebuah kuil Hindu di Shah Alam hari ini, dengan menyifatkan tindakan itu sebagai ”perbuatan khianat”.
"Kerajaan negeri Selangor telah melakukan khianat terhadap masyarakat India dengan gagal menghentikan perobohan kuil itu,” katanya ketika mengulas tindakan meroboh Kuil Mathurai Veeran di Persiaran Kerjaya, Jalan Glenmarie, Seksyen U1, Shah Alam.

Samy Vellu berkata, tindakan itu bukan insiden pertama kerana sebelum ini ada kuil dirobohkan di Selangor di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat.
Beliau merujuk kepada perobohan Kuil Sri Maha Kaliamman di Kampung Tasik, Jalan Baru, Ampang pada 9 Sept. tahun lepas.
Samy Vellu berkata, walaupun jawatankuasa Kuil Mathurai Veeran merayu pada Mac lalu selepas menerima notis dari Majlis Perbandaran Shah Alam (MPSA) sebulan sebelum itu, namum kuil itu tetap dirobohkan tanpa menawarkan tanah alternatif.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.