PORT DICKSON: Tan Sri Muhyiddin Yassin tidak yakin dengan keupayaan pakatan pembangkang bersatu walaupun gabungan beberapa parti di dalamnya didaftarkan di bawah satu nama dan berdaftar sebagai gabungan sah seperti Barisan Nasional (BN) .
Timbalan Perdana Menteri berkata, cadangan pembangkang bergabung hanya bagi menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka bersatu sedangkan masing-masing mempunyai dasar dan ideologi berbeza.
"Saya tidak tahu bagaimana Pas dan DAP dapat bekerjasama kerana Pas masih mengekalkan ideologi mereka untuk melaksanakan negara Islam manakala DAP tidak pernah bersetuju dengan idea itu. Bagi Parti Keadilan Rakyat (PKR) pula ideologi mereka tidak jelas.
"Apa makna tubuh Pakatan Rakyat, tapi perlembangaan parti mereka masih tidak dipinda," katanya selepas menghadiri Majlis Profesionalisme warga pendidik daerah Port Dickson di sini, petang tadi.
Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden Umno berkata jika pakatan mahu mendaftar sebagai satu nama ia adalah urusan dalaman mereka sama ada gabungan antara mereka hendak berpakat atau sepakat.
Sebaliknya, beliau berkata, BN sudah bergabung sejak berpuluh-puluh tahun lamanya dan gabungan yang ditunjukkan mewakili semua kaum.
Muhyiddin berkata, ia berbeza dengan BN yan bergabung atas nama muafakat dan bukan hanya untuk kemudahan politik saja.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.