Rabu, 7 Oktober 2009

N31 BAGAN PINANG AL-FATIHAH:AJK UMNO maut dihempap traktor

KUANTAN 7 Okt. — Seorang Anggota Jawatankuasa UMNO Bahagian Pekan maut apabila traktor yang dipandunya terbalik dan menghempap badannya di Kampung Sungai Arang, Sungai Lembing dekat sini, hari ini.
Rahmatullah Mohd. Alam, 56, yang juga pemilik syarikat bas Rahmat Alam meninggal dunia di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kuantan, Pemangku Supt Zulkifli Taha berkata, kejadian berlaku kira-kira 2.20 petang ketika Rahmatullah dalam perjalanan dari Sungai Jin menghala ke Sungai Lembing.
“Traktor yang dipandu mangsa kemudiannya telah terlanggar tebing tepi jalan lalu terbalik sebelum menghempap mangsa,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Mayat Rahmatullah dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) Kuantan untuk bedah siasat dan telah dituntut keluarganya, katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.