Rabu, 21 Oktober 2009

Pijak anak 23 bulan hingga mati

SINGAPURA: Seorang lelaki didakwa membunuh anak perempuannya berusia 23 bulan selepas melihat kanak-kanak itu bermain dengan rokoknya.
Mahkamah Tinggi di sini semalam diberitahu, Sallehan Allaudin, 26, yang baru tiba di rumah bersama isterinya dengan membawa hadiah untuk anak mereka, Nikie, berang apabila melihat kanak-kanak itu mengoyak dan menyepahkan rokoknya.
Sallehan didakwa memukul hingga mati anaknya pada kejadian Januari lalu, sehari sebelum ulang tahun kedua kelahiran kanak-kanak itu.
Jika sabit kesalahan, dia boleh dihukum gantung hingga mati.Sallehan mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan itu.
Isterinya, Rozanah Mohamed Yusoff, 24, menggunakan patung untuk menunjukkan kepada mahkamah bagaimana Sallehan menendang dan memijak Nikie di dapur rumah mereka.
Pasangan itu menelefon ambulans apabila hidung Nikie mula berdarah.
Menurut laporan perubatan, kanak-kanak itu mati akibat kecederaan.
“Saya tidak ke dapur untuk menghentikan perbuatan suami saya kerana beranggapan ia cara Sallehan mendisiplinkan Nikie,” kata suri rumah itu. - Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.