Rabu, 21 Oktober 2009

Saman fitnah Anwar terhadap Dr. M ditolak


PUTRAJAYA - Tun Dr. Mahathir Mohamad semalam berjaya membatalkan rayuan saman fitnah bernilai RM100 juta yang difailkan terhadapnya oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana menuduhnya sebagai seorang homoseksual.
Mahkamah Rayuan secara sebulat suara membenarkan permohonan Dr. Mahathir dan mengarahkan Anwar membayar kos kepada bekas Perdana Menteri itu.

Dr. Mahathir
Hakim Abdul Malik Ishak yang bersidang bersama Hakim Datuk Azhar Ma'ah dan Datuk Syed Ahmad Helmy Syed Ahmad juga menolak permohonan Anwar untuk lanjutan tempoh masa untuk memfailkan memorandum rayuan dalam bahasa Malaysia.
Abdul Malik berkata, penghakiman bertulis akan dikeluarkan dalam masa terdekat ini.
Berikutan keputusan itu, rayuan Anwar, Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), yang dijadual didengar 2 November ini dikeluarkan daripada senarai kes

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.