Khamis, 15 Oktober 2009

UMNO SEMAKIN TERDESAK:Jangan terpukau pemberian kecil pembangkang


KUALA LUMPUR: Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengingatkan rakyat agar tidak terpesona dengan pemberian tidak seberapa pembangkang sehingga lupa jumlah RM22 bilion yang diperuntuk kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk membiayai pelbagai subsidi dan insentif tahun ini.
Perdana Menteri berkata sejak puluhan tahun kerajaan yang diterajui Umno sudah mengambil pelbagai inisiatif dengan memberikan subsidi, insentif dan bantuan bagi meringankan beban rakyat.
"Dari itu, janganlah kita mudah terpesona dan terpukau dengan pihak pembangkang semata-mata kerana air percuma dan sedikit kenaikan elaun. Setidak-tidaknya ingatlah sedikit akan jasa-jasa kerajaan pimpinan Umno yang telah berbudi selama puluhan tahun.
"Kata orang janganlah kerana kemarau sehari, rezeki hujan yang setahun sudah dilupakan," kata Presiden Umno itu dalam ucapan dasar sulung beliau pada perhimpunan agung parti di sini.Sedar atau tidak, kata beliau, sudah banyak yang kerajaan lakukan demi kesejahteraan rakyat.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.