Khamis, 5 November 2009

Najib Altantuya vs Nizar, News:Bekas Setiausaha Umno bahagian tidak mengaku salah beri rasuah

Bekas Setiausaha Umno Bahagian Wangsa Maju, Ramli Abdul Manan,50, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan memberi rasuah RM1,000
ketika pemilihan jawatan bahagian tahun lalu.
Beliau didakwa berbuat demikian kepada ketua Umno Cawagan Taman Melati kawasan 8, Setapak, Amir Saad, sebagai dorongan mencalonkan dirinya sebagai Ahli Jawatankuasa untuk layak bertanding di peringkat UMNO Bahagian Wangsa Maju pada 8 November 2008.
Dia didakwa melakukan kesalahan itu di Dewan Pusat Aktiviti Masyarakat Taman Melati kawasan 8, Setapak, kira-kira jam 9 malam pada 5 Ogos 2008. Hakim Rosbiahanin Arifin membenarkan ikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin serta menetapkan 4 Disember ini untuk sebutan lantik peguam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.