Rabu, 4 November 2009

Nizar News:Tiga lelaki sindiket penipuan skim cepat kaya ditahan

Tiga lelaki dipercayai anggota sindiket skim cepat kaya VIP ditahan polis bersama wang tunai berjumlah RM600,000, awal pagi tadi.
Ketiga-tiga mereka yang berusia antara 29 dan 37 tahun itu ditahan dalam
sebuah kereta Jaguar hitam dekat sebuah restoran di Bukit Sentosa di sini pada jam 12.30 malam.
Ketua Polis Daerah Hulu Selangor,Superintendan Azmi Affandi Yahya, berkata wang itu yang tersimpan dalam sebuah beg dijumpai dalam but kereta berkenaan dan polis juga menemui dua lagi beg yang mengandungi senarai nama pelabur skim itu.
Mereka ditahan ketika anggota polis membuat rondaan cegah jenayah di
sekitar Bukit Sentosa," katanya pada sidang media di sini, hari ini.
Norel Azmi berkata polis percaya mangsa pelaburan terdiri dari kalangan VIP
yang dijanjikan pulangan RM300 dalam tempoh dua minggu bagi setiap pelaburan RM1,000.
Katanya, siasatan kes itu kini diserahkan kepada Jabatan Siasatan Jenayah
Komersil Bukit Aman dan Bank Negara untuk tindakan lanjut.
Beliau berkata, senarai pelabur menunjukkan kira-kira 500 pelabur terjebak
dalam skim itu semenjak sindiket berkenaan beroperasi pada 2004.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek itu ditahan reman selama empat hari bermula

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.