Isnin, 2 November 2009

Nizar News:Uthayakumar gagal pindah kes hasutan ke Mahkamah Tinggi

Mahkamah Rayuan di sini hari ini menolak permohonan peguam P. Uthayakumar supaya kes hasutannya dipindahkan dari Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur ke Mahkamah Tinggi, atas alasan, antara lain, hakim Sabariah Osman berat sebelah.
Hakim Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud, Datuk Sulong Matjeraie dan Datuk T. Selventhiranathan, secara sebulat suara, memutuskan bahawa permohonan itu tidak mempunyai merit.
Peguam M. Manoharan, yang bertindak bagi Uthayakumar, berhujah bahawa Sabariah bertindak berat sebelah semasa perbicaraan dan sebagai hakim Mahkamah Sesyen Sivil, dia seharusnya tidak mendengar perkara berkaitan jenayah.

Manoharan juga berkata semasa perbicaraan pada 28 Sept lepas, hakim itu telah menuturkan ayat “Saya akan bincang dengan seseorang” sebelum enggan menarik diri daripada mendengar kes tersebut.
Timbalan Pendakwa Raya Noorin Badaruddin berkata Uthayakumar telah gagal mendedahkan dalam afidavit sebarang keadaan khusus untuk menunjukkan kenapa permohonan itu perlu dibenarkan.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.