Dua konstabel polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas lima pertuduhan rasuah yang didakwa dilakukan empat tahun lepas.
Mohamad Fadzly Yusof @ Mat Noor, 29, menghadapi tiga tuduhan dan Muhamad Rosli Mustaffa, 46, menghadapi dua tuduhan. Kedua-dua mereka berkhidmat di pusat khidmat polis di Zon Perindustrian Bebas (FIZ) Bayan Lepas di sini.
Mohamad Fadzly didakwa cuba memperoleh wang suapan sebanyak RM1,000 daripada Mohd Fazli Md Lazim sebagai dorongan supaya tidak dikenakan tindakan terhadapnya kerana didakwa berkhalwat dengan Salbiah Hashim dan menerima RM100 daripadanya.
Kesalahan itu didakwa dilakukan di Lebuhraya Bayan Lepas, berdepan dengan Agilent Technologies, di sini, pada kira-kira pukul 9.15 malam, 5 Jan. 2005.
Dia juga menghadapi tuduhan ketiga iaitu menerima RM900 daripada Mohd Fazli untuk tujuan sama di luar pusat khidmat polis FIZ dekat sini pada pukul 2 petang, 6 Jan. 2005.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.