Rabu, 24 Mac 2010

13 peguam saman kerajaan persekutuan

Peguam-peguam dari 13 negeri menyaman kerajaan persekutuan bagi menghentikan pembaharuan besar-besaran penjagaan kesihatan dengan mendakwa ia tidak mengikut perlembagaan.

Saman itu difailkan sebaik sahaja Presiden Barack Obama menandatangani rang undang-undang tersebut, semalam.

Mereka menamakan Jabatan Kesihatan dan Perkhidmatan Kemanusiaan, Perbendaharaan dan Buruh selaku responden.

Peguam Florida, Bill McCollum mengetuai tindakan saman tersebut dengan disertai oleh peguam-peguam dari South Carolina, Nebraska, Texas, Michigan, Utah, Pennsylvania, Alabama, South Dakota, Louisiana, Idaho, Washington dan Colorado.

Saman difailkan di Mahkamah Persekutuan di Pensacola.

The Big Short: Inside the Doomsday Machine

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.