Sabtu, 27 Mac 2010

Anwar Dedah Tembelang Umno BN Kepada Rakyat Hulu Selangor

KUALA KUBU BHARU 27 MAC: Rakyat Hulu Selangor malam semalam didedahkan dengan pelbagai penyelewengan yang selama ini dicuba diselindung pentadbiran kerajaan Umno Barisan Nasional.

Bertempat di Stadium Mini Kuala Kubu Bharu yang dihadiri hampir 10,000 orang, satu persatu tembelang Umno BN dibongkar pimpinan Pakatan Rakyat termasuk tokoh utama, Datuk Seri Anwar Ibrahim

Pimpinan Pakatan Rakyat menyentuh pelbagai isu kepentingan negara, antaranya kehilangan enjin pesawat TUDM, penyelewengan kontrak kapal selam Scorpene, gejala rasuah dan sebagainya.

“Saya, kalau saudara tengok sudah 12 tahun yang dicerca. Sebulan dua ini, panas balik sebab Umno tidak mampu berdepan dengan rakyat. Saya diaib, ditelanjangkan, dipukul, dipenjara, dituduh berbagai-bagai.

"...Khianat negara, pecah belah, guna Agong, guna tentera, semua.. sebut satu kesalahan, Anwar Ibrahim!” cabar Anwar pada ceramahnya kepada pimpinan Umno BN.

Beliau turut memberi gambaran perkembangan politik di negara ini termasuk suasana sebenar yang berlaku dalam sidang Parlimen yang menjadikan beliau sebagai objek sasaran tohmahan.

“Titah di-Raja Yang di-Pertuan Agong, dibahaskan tetapi tidak jadi bahas titah di-Raja. Yang dibahaskan ialah pidato Anwar Ibrahim di Parlimen minggu ini.


"Hari-hari bangun tidur sahaja, orang Umno tidak ada lain, Anwar Ibrahim tidak bagus. Eh, saya kata, tajuk ini titah Agong ke apa? Punya elerginya dia,” Anwar menyindir.

Meskipun Anwar dituduh sebagai ejen Yahudi dan ejen Hindu, ironinya kerajaan UMNO-BN yang mengaku memperjuangkan Malaysia sebagai negara Islam sebaliknya menggalakkan perjuadian.

“Islam agama rasmi tapi lesen judi tambah, tak malukah kita? Di Parlimen, ahli-ahli parlimen yang Melayu, Islam, Keadilan, PAS bangkit. Kita menentang Najib tambah lesen judi, Umno diam.

"Yang sokong kita siapa? Cina, termasuk Cina DAP, Anthony Loke. DAP dan Pakatan Rakyat tidak bersetuju beri banyak lesen judi. Dunia sekarang sudah terbalik,” hujah Anwar lagi. Sila klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.