Rabu, 31 Mac 2010

Bangunan UMT Runtuh Kerana Cuai

TERENGGANU, 30 MAC : Kejadian bangunan runtuh terbaru di Terengganu bukan kebetulan, sebaliknya akibat kecuaian di semua peringkat yang bermula dari proses tender hingga kepada kelulusan pembangunannya.

Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Terengganu, Abdul Rahman Yusof menggesa Suruhanjaya Siasatan Bebas menyiasat semua pembangunan projek prasarana sejak 1999 kerana mutu dan spesifikasi pembangunan menimbulkan pelbagai tanda tanya.

Seorang buruh mati dan empat cedera apabila Institut Oseanografi dan Institut Akuakultur Tropika Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang dalam pembinaan, runtuh.

Menurut Abdul Rahman dalam kenyataan media, bangunan UMT yang runtuh menimbulkan tanda tanya sama ada universiti tersebut selamat dan tidak mengancam keselamatan penggunnya.

Beliau bimbang jika kejadian seperti ini tidak dibendung, keselamatan dan nyawa orang awam akan terus menjadi pertaruhan.


Sebelum ini, bangunan runtuh melibatkan Stadium Sultan Mizan Gong Badak, kubah Masjid Kampung Puteh, keruntuhan Dewan Sekolah Menengah Wakaf Tapai, keruntuhan Terminal Pengangkutan Awam Kuala Berang, kebocoran Pusat Akuatik Batu Burok, keretakan Pusat latihan Antarabangsa (ITC) yang menjadi fakulti Baru Kolej Universiti Institiut Teknikal Tinggi Terengganu (TATIUC), kebocoran siling Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Terengganu dan pelbagai lagi.klik sini




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.