Pihak berkuasa perlindungan kanak-kanak berkata seorang budak perempuan 12 tahun di Medan, Sumatera Utara dipaksa mengahwini lelaki 60 tahun tanpa kerelaannya selepas dipukul bapanya.
Bunga (bukan nama sebenar) melaporkan kesnya kepada pejabat Suruhanjaya Perlindungan Kanak-kanak Indonesia (KPAID) di Medan kelmarin. Ditemani kakaknya berusia 28 tahun, Bunga berkata, ibu bapanya memaksanya berkahwin dengan lelaki terbabit pada Oktober 2009.
Lelaki itu didakwa sudah berkahwin lima kali dan berjanji memberi bapanya sebuah rumah dan motosikal sebagai pertukaran mengahwini anaknya. Kakaknya berkata, Bunga dikahwinkan oleh seorang kadi di hadapan ibu bapa mereka dengan mas kahwin Rp100,000 (RM33.98). Katanya, Bunga pada mulanya enggan berkahwin namun bapa mereka memukulnya berulang kali dengan tali pinggang serta menumbuknya di kepala.
Kakak Bunga berkata, mereka mengambil keputusan datang ke KPAID selepas laporan polis difailkan empat bulan lalu tidak berkesan.
Pengerusi Yayasan Pusaka Indonesia, tempat KPAID menjadi anggota, berjanji untuk bertindak atas aduan itu.
“Kami akan berbincang dengan polis dan apa yang menghalang mereka menyiasat kes itu. Kami akan mencari jalan penyelesaian bersama; kami adalah rakan baik dengan polis,” kata Eddy Iksan.
“Keutamaan kami ialah menyelamatkan kanak-kanak itu,” katanya. – Agensi
The Big Short: Inside the Doomsday Machine
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.