Isnin, 15 Mac 2010

Cadangan Pindaan ISA Juga Tidak Akan Dibentangkan

Cadangan pindaan keatas Akta Keselamatan Dalam Negeri tidak akan dibentang dan dibahaskan di sesi Dewan Rakyat kali ini, kata Menteri Dalam Negeri Hishamuddin Hussein.

Sepertimana usul pakej Cukai Perkhidmatan dan Barangan (GST), pemerintah berpendapat penundaan ini perlu bagi mendapatkan reaksi rakyat berhubung pindaan ini.

Meskipun draf pindaan telah siap, namun Kabinet perlu meneliti kandungannya terlebih dahulu.

Pemerintah bercadang meminda lima isu penting dalam peruntukan ISA menyentuh kuasa-kuasa Menteri Dalam Negeri, tempoh penahanan, hak dan layanan kepada tahanan, persepsi rakyat dan penahanan tanpa bicara.


The Twilight Saga: New Moon (Two-Disc Special Edition)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.