Isnin, 29 Mac 2010

Enjin Hilang TUDM: Hanya Sarjan dan ahli perniagaan dibicara 19 Julai

PETALING JAYA 29 Mac – Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini menetapkan 19 Julai depan bagi perbicaraan kes seorang sarjan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) dan seorang ahli perniagaan yang didakwa bersubahat mencuri dan menghapuskan enjin milik TUDM.

Hakim Aslam Zainuddin menetapkan tarikh bicara selama lima hari selepas pihak pembelaan memaklumkan mereka telah menerima kesemua dokumen yang diperlukan daripada pihak pendakwaan.

Pada 6 Januari lalu, Tharmendran, 42, mengaku tidak bersalah terhadap tuduhan bersubahat dengan Laskar Udara Mohamad Shukri Mohamad Yusop, mencuri dua enjin pesawat F5 jenis J85-21 di Bangunan Material Processing Shed Matra 1, Pangkalan Udara TUDM Sungai Besi di sini pada 30 April 2008.


Dia didakwa mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan yang dibaca bersama Seksyen 109 kanun yang sama, yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun dan denda jika sabit kesalahan.

Manakala pengarah sebuah syarikat pembekalan, K. Rajandran Prasad, 38, turut mengaku tidak bersalah pada tarikh yang sama, didakwa dengan sengaja menghapuskan dua enjin TUDM itu di alamat 49 Jalan TS 6/6 Taman Industri Subang pada 30 April 2008.

Dia didakwa mengikut Seksyen 414 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun dan denda jika sabit kesalahan.klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.