Jumaat, 26 Mac 2010

G Palanivel Calon MIC, Hindraf Umum Ahad Depan

MIC akan mengusulkan timbalan presidennya G Palanivel sebagai calon Barisan Nasional untuk pilihanraya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor, lapor portal berita Malaysiakini.

Presiden S Samy Vellu bagaimanapun enggan mengulas peluang MIC merampas kerusi tersebut dari tangan Parti Keadilan Rakyat. Dalam PRU12 lalu, MIC tewas dengan majoriti kecil 198 undi kepada calon PKR, Allahyarham Zainal Abidin Ahmad.
Ketua Penerangan MIC P Kamalanathan berkata Palanivel telah bekerja keras di Hulu Selangor sejak tewas di tangan Zainal. Beliau menjangkakan Umno tidak akan meminta kerusi Parlimen Hulu Selangor.

Sementara itu, pemimpin Hindraf, P Uthayakumar berkata partinya, Parti Hak Asasi Manusia, belum lagi memutuskan untuk bertanding di kerusi ini. Keputusan muktamad hanya akan diketahui Ahad depan.

Manakala Parti Keadilan Rakyat tidak akan membuat sebarang keputusan sehingga urusan pengkebumian Zainal selesai, kata setiausaha agungnya, Saifuddin Nasution.
Sila Klik



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.