Sabtu, 27 Mac 2010

Gadis 22 tahun antara 50 penagih ditahan di Kuala Kedah

ALOR SETAR: Seorang gadis berusia 22 tahun adalah antara 50 orang ditahan dalam Operasi Tapis Bersepadu di sekitar Pelantar Siput, Kuala Kedah, dekat sini, hari ini.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik Negeri, Supt Baharom Othman, berkata semua penagih berada dalam keadaan khayal ketika ditahan dalam operasi selama dua jam bermula 9.30 pagi tadi.
Katanya, lima daripada penagih itu memiliki dadah jenis heroin. "Hampir 90 peratus daripada mereka yang ditahan adalah penagih tegar yang bekerja sebagai nelayan dan ada antara mereka pernah ditahan melebihi dua kali sebelum ini," katanya pada sidang akhbar di Balai Polis Kuala Kedah, dekat sini.


Baharom berkata, semua penagih yang ditahan itu berumur antara 22 sehingga 67 tahun dan mereka dipercayai memperoleh bekalan dadah dari Bukit Selambau, Sungai Petani.

"Mmereka ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Setar untuk siasatan lanjut,"
Sila klik sini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.