Ahad, 28 Mac 2010

Gadis Bond baru milik Frieda Pinto


WAJAH jelitawan Slumdog Millionaire, Frieda Pinto dikatakan sekali lagi akan menawan dunia lakonan antarabangsa.

Khabar terbaru, dia dikatakan bakal menjadi wanita idaman Daniel Craig untuk francais ke-23 filem 007, James Bond.

Frieda dijangka melakonkan babak romantik bersama Daniel, manakala aktres dari Amerika Syarikat, Olivia Wilde pula menjadi pesaing Frieda dalam filem berkenaan.

Dijadualkan menjalani penggambaran di Afghanistan, filem yang ditulis oleh Peter Morgan itu akan diarahkan oleh Sam Mendes.

Bagaimanapun, perkara itu dinafikan oleh jurucakap Freida Pinto. Dakwanya, laporan sebuah tabloid Britain itu tidak benar dan Frieda sendiri tidak pernah menandatangani sebarang kontrak berhubung perkara itu.

"Freida memang inginkan watak berkenaan, bagaimanapun, dia begitu gementar untuk menerima tawaran itu. Sungguh tawaran itu di luar jangkaannya," kata satu sumber kepada Dailly Mirror.

Sejauh mana kebenarannya, jika sah Frieda dipilih sebagai Gadis Bond, dia bakal menjadi aktres kedua dari Asia yang masuk ke filem francais popular itu.Sila klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.