Isnin, 22 Mac 2010

PAS Mahu Rukun Negara Dipinda

KUALA LUMPUR, 22 MAC- Gerakan Islam terbesar tanahair, Pas mahu Rukunegara di pinda, dan sertakan kalimah "Allah" menggantikan "Tuhan" susulan dari debat penggunaan kalimah Allah mutakhir ini.
Presiden Pas Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata kerajaan seharusnya melihat debat kalimah Allah ini dari sudut positif dan membuat pindaan sewajarnya kepada Rukunegara dengan menukarkan perkataan "Tuhan" kepada "Allah", kerana masyarakat Kristian dan bukan Islam turut menggunakan kalimah suci itu.
Beliau berkata masyarakat Kristian dan agama lain telah menyedari keagungan kalimah Allah; Lord, Tuhan atau apa sahaja perkataan lain tidak membawa maksud yang sama.
Hadi menegaskan bahawa apa sahaja kekeliruan sekitar penggunaan kalimah "Allah" boleh diselesaikan secara berhemah oleh cendekiawan agama.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.