Selasa, 16 Mac 2010

Pasangan ditangkap bercium di Dubai

DUBAI - Sepasang kekasih yang ditangkap bercium di khalayak ramai di Dubai menghadapi hukuman penjara sebulan selepas seorang ibu mengadu anaknya terlihat aksi pasangan berkenaan.

Ayman Najafi, 24, dan Charlotte Adams, 25, ditangkap pada November lalu berhubung tuduhan bercium dan berasmara di khalayak umum serta minum arak.

Mahkamah mengarahkan supaya mereka dipenjarakan selama sebulan.

Kes itu adalah yang ketiga dalam masa dua tahun di mana rakyat Britain didakwa melanggar undang-undang sosial di Dubai, emiriyah Islam yang popular dengan pelancong Barat.

Peguam pasangan itu menyatakan anak guamnya tidak melakukan aksi bercium yang keterlaluan dan mereka hanya berkawan.

Keputusan mengenai rayuan pasangan itu dijangka diketahui pada 4 April depan.
Pasangan itu akan dihantar balik selepas tamat menjalani tempoh hukuman mereka.
Soldier of Love

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.