Khamis, 25 Mac 2010

Penyanyi Popular Kahwin Kerabat Diraja

Gosip yang sampai ke telinga GUA ini bukanlah satu cerita baru. Kisah penyanyi wanita popular ini telah berkahwin dengan kerabat Diraja pernah bertiup kencang tidak lama dahulu. Namun, setelah tuan punya badan berkeras menafikannya, gosip ini hilang bak angin lalu.

Kini, kisah perkahwinan penyanyi wanita ini timbul kembali. Yelah, kalau memang perkara itu berlaku, pasti susah hendak menyembunyikannya. Sampai bila agaknya penyanyi ini mahu berteka-teki dengan peminat dan pihak media?

Menurut sumber yang sangat rapat dengan penyanyi wanita ini, pasangan ini telah bernikah sebulan yang lalu. Di mana lokasinya, tidak pula diberitahu. Patutlah penampilan penyanyi wanita ini agak berubah kebelakangan ini.

Dia sudah tidak suka mempamerkan rambutnya kepada umum. Bukanlah memakai tudung, tetapi dia sering mengenakan topi. Mungkin ada kena-mengena dengan perkahwinannya itu. Maklumlah kerabat Diraja yang dikahwininya itu berasal dari negeri Darul Iman.

GUA harapkan penyanyi bersuara mantap ini akan membuka mulutnya suatu hari nanti. Mudah-mudahan perkahwinan kali keduanya ini akan kekal hingga ke akhir hayat.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.