PULAU PINANG 27 MAC: Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Bayan Baru malam tadi membuat laporan polis berikutan tindakan penyebaran fitnah dan tindakan sabotaj terhadap perjalanan operasi cabang itu.
Ketua AMK Bayan Baru, Ahmad Azrizal Tahir hadir di Balai Polis Bayan Baru pada jam 7 malam bersama beberapa ahli AMK yang turut membawa bukti bagi mengukuhkan laporan itu.
Mengikut laporan, beliau menyatakan penemuan 2 sampul surat mengandungi sebuah buku dan 3 risalah berunsur fitnah dan hasutan perkauman, dihantar ke rumah beliau dan 7 ahli lain melalui pos.
Laporan kedua berkaitan penerimaan pesanan mesej ringkas dari nombor tidak dikenali yang menyatakan, kononnya Mesyuarat Agung cabang PKR Bayan Baru pada 27 Mac 2010 ditunda.
SMS itu dihantar beberapa hari lalu dan penghantar mesej meminta ia disebarkan kepada ahli lain, sedangkan mesyuarat itu tidak ditunda sebaliknya berjalan seperti yang dirancang.
Polis diminta menyiasat sumber risalah dan SMS itu serta mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang menyebar fitnah berkenaan.Sila klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.