Sekiranya Umno-BN benar-benar komited mengetengahkan pemimpin yang bermoral, maka Perdana Menteri Najib Abdul Razak harus mendesak Dr Chua Soi Lek melepaskan jawatan Presiden MCA.
Peguam Wan Anwar Wan Syahadat berkata BN pantas mendakwa Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim atas tuduhan seks luar tabii, namun tiada tindakan undang-undang diambil keatas Chua Soi Lek walaupun telah dibuktikan bersalah.
Semalam, Chua Soi Lek merampas kerusi Presiden MCA dengan undi 901 dari 2,315 undi yang sekali gus menjadikan beliau presiden MCA yang kesembilan.
Chua melepaskan jawatan Menteri Kesihatan selepas skandal seksnya terbongkar pada 3 Januari 2008.
Wan Anwar berkata kegagalan pemerintah bertindak keatas Presiden MCA yang baru ini menguatkan persepsi rakyat bahawa pendakwaan terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri bermotifkan politik.
“Kes mengenai dia yang ada oral seks dan sebagainya itu, kita lihat Peguam Negara tidak mengambil tindakan terhadap perkara ini walaupun adanya keterangan yang nyata daripada pihak Chua Soi Lek sendiri dan juga pengakuan serta laporan polis dibuat terhadapnya.
“Tetapi masih juga tiada pendakwaan yang dilakukan oleh peguam negara terhadap Presiden MCA sekarang ini. “
Wan Anwar berkata Peguam Negara Tan Sri Gani Patail mempunyai bukti kuat termasuk rakaman video perselingkuhan untuk mendakwa Chua dibawah Seksyen 377B Kanun Keseksaan.
“Jadi mengapa dalam kes pendakwaan Datuk Seri Anwar Ibrahim, memang kita nafikan sekeras-kerasnya dan tidak mempunyai bukti dan nyata yang keras, kenapa Datuk Seri Anwar didakwa di mahkamah sedangkan Datuk Chua soi Lek tidak didakwa di mahkamah.”sila klik sini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.