Amber Chia telah melangsungkan perkahwinan di sebuah kawasan peranginan eksotik di Bali minggu lalu.
The Daily Chilli yang mengetahui berita itu daripada kenalan rapatnya bahawa gadis terkenal berusia 28 tahun itu melafazkan "saya rela" kepada kawan lama yang juga teman lelakinya.
Benar, jejaka bertuah itu bukanlah ahli perniagaan yang digembar-gemburkan mendampingi Amber. Ataupun pemilik bank bergelar Tan Sri yang dikhabarkan sebelum ini.
"Ia adalah perkahwinan di tepi pantai yang sangat romantik," kata sumber tersebut yang enggan dikenali.
Antara rakan selebriti paling dipercayai Amber yang diterbangkan ke Bali untuk menyaksikan perkahwinan persendirian termasuk personaliti televisyen, Daphne Iking; pemain violin, Dennis Lau dan guru pentas peragaan, Benjamin Toong.
Upacara Timur bertemu Barat itu disaksikan ahli keluarga terdekat kedua-dua pihak. Mereka diterbangkan ke pulau penuh mistik itu dengan semua perbelanjaan ditanggung pasangan berkenaan.
Difahamkan rakan Amber yang juga pereka fesyen terkemuka, Alvin Taya dan Keith Kee telah mereka bentuk gaun perkahwinannya yang berwarna putih serta merah jambu.
Ketika dihubungi menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS), Amber yang akan pulang ke Malaysia sebelum berlepas ke luar negara untuk berbulan madu di satu lokasi yang dirahsiakan hanya berkata: "Minta maaf sayang... Jangan bimbang... kita akan berbual apabila saya balik daripada berbulan madu."
Pasukan pegawai seranta Amber dari Orchan Consulting Asia yang enggan memberikan komen, dijangka mengeluarkan kenyataan media tidak lama lagi.
Sementara itu, StarMetro cuba mendapatkan komen Amber ketika pelancaran Bread Basket di The Sphere di Bangsar South petang ini tetapi tidak berjaya kerana dia dikawal ketat oleh pengawal peribadi.SILA KLIK SINI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.