Selasa, 27 April 2010

Adnan Mansor Akui BN Gagal Raih Sokongan Penuh

Setiausaha Agung BN Datuk Seri Tengku Adnan Mansor berkata walaupun BN menang dengan majoriti 1,725 undi, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN.

Menyifatkan penemuan ini sebagai serus, Tengku Adnan berkata masyarakat Cina bukan sahaja tidak menyokong BN dalam pilihanraya kecil itu, tetapi juga semasa pilihanraya umum 2008.

“Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

Beliau berkata demikian selepas pengumuman keputusan pilihanraya kecil Hulu Selangor di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baru, semalam.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.