SEOUL - Ramai aktres di Korea Selatan terpaksa mengadakan hubungan seks dengan orang kaya dan berpengaruh bagi menyelamatkan kerjaya mereka.
Perkara itu didedahkan menerusi kajian yang disiarkan oleh Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Kebangsaan, kelmarin.
Kajian itu dilakukan oleh Institut Pembangunan Wanita Korea pada tahun lalu dengan melibatkan 111 aktres.:
Sebanyak 60.2 peratus aktres yang terlibat dalam kajian itu memberitahu mereka pernah diminta tidur dengan lelaki kaya dan berpengaruh.
Isu itu mencetuskan perbahasan pada Mac lalu apabila aktres Jang Ja-yeon membunuh diri dengan meninggalkan nota memberitahu dipaksa mengadakan hubungan seks oleh agensinya.:
Bekas ketua agensinya ditangkap mengenai dakwaan memaksanya mengadakan hubungan seks tetapi kemudian dibebaskan
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.