SAN FRANCISCO: Isu payu dara tiba-tiba 'meledak' di laman sembang Facebook, apabila seorang penulis blog wanita menggesa 'rakan sejantina' membuktikan dakwaan ulama Iran, Hojatoleslam Kazem Sedighi yang berkata wanita seksi dan perbuatan mendedahkan buah dada sebagai punca gempa bumi, adalah salah.
Ketika pengguna internet melayari laman rasmi dikenali Boobquake, gempa bumi 6.5 skala Richter yang melanda Taiwan, mencetuskan jenaka online, di kalangan pelayar internet, apabila mereka bertanya sama ada ia adalah bukti kenyataan ulama berkenaan.
Lebih 55,000 orang menyokong laman Boobquake nukilan Jennifer McCreight yang menyifatkan dirinya seorang pejuang wanita yang lantang bersuara dan tidak beragama, menunjukkan gambar payu daranya yang besar.
“Tidak, gempa bumi Taiwan belum lagi menunjukkan kesan ketara. Jika kita dilanda gegaran pada kekuatan yang sama sehingga esok, mungkin kita terpaksa terima pendapat ulama itu ,” kata pelajar senior kolej itu ketika mengemaskini blognya.
McCreight yang tinggal di Indiana, Amerika Syarikat, menggunakan laman sembang sosial Twitter untuk mendapatkan pandangan wanita seluruh dunia untuk menguji sejauh mana kebenaran dakwaan ulama itu bahawa wanita seksi boleh menyebabkan ‘bumi bergegar’.
“Ramai wanita zaman ini tidak memakai pakaian yang sopan sehingga menyebabkan ramai lelaki ‘sesat jalan’ dan mencemar kesucian diri, menyebabkan maksiat berlaku secara berleluasa di kalangan masyarakat dan meningkatkan jumlah kejadian gempa bumi,” kata Sedighi minggu lalu yang dipetik media Iran.
Kenyataan McCreight yang bermula kerana ulama itu silap memberikan kenyataannya bagaimanapun mendapat sokongan besar pelayar internet wanita yang merancang mengadakan perhimpunan ‘Boobquake’.
Laman kedai online, Zazzle.com yang menyokong perhimpunan terbabit mula menjual baju T dengan tulisan ‘Boobquake 2010’ yang dihiasi rekaan riben berwarna merah jambu
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.