JOHNSON'S Baby Milk Bath akan memberikan 200 tiket percuma kepada 100 pasangan Malaysia untuk menonton filem Buih-Buih Cinta 2, sebuah filem romantik susulan daripada telefilem dengan judul sama yang telah ditayangkan pada Jun lalu dibintangi oleh Lisdawati dan suaminya, Fauzi Nawawi.
Telefilem Buih-Buih Cinta mengisahkan tentang pasangan berkahwin dalam keluarga Melayu masa kini, diilhamkan daripada cerpen yang dihantar oleh wanita Malaysia dalam peraduan ‘Suami & Si Manja Semakin Sayang’ yang dianjurkan oleh Johnson’s® Baby Milk Bath pada awal tahun lalu.
Filem susulannya akan ditayangkan di rangkaian televisyen Jun ini mengisahkan tentang hubungan erat yang melibatkan Soraya dan Sidek.
Untuk mendapatkan tiket percuma bagi menonton kisah susulan Buih-Buih Cinta yang menarik ini di layar perak, orang ramai hanya perlu membeli produk-produk Johnson’s® Baby Milk bernilai sekurang-kurangnya RM25, termasuklah pek ‘3-in-1 Milk Therapy’ dan sertailah permainan yang mudah di kaunter Johnson’s® baby Milk Bath, Giant Hypermarket, Batu Caves pada 8 dan 9 Mei.
Pembeli perlu menunjukkan resit sebagai bukti pembelian dan sesiapa yang memenangi permainan tersebut akan menerima dua tiket.
Selain daripada memenangi tiket, para pengunjung berpeluang bertemu dengan Lisdawati sendiri semasa hujung minggu promosi.
Bintang popular itu akan menandatangani autograph dan mengambil gambar dengan peminat.
“Saya amat harap para peminat kami akan datang ke Giant Batu Caves untuk bertemu dengan kami. Saya teruja untuk memberikan tiket-tiket filem yang dibintangi oleh kami. Hanya 100 orang yang pertama yang mendapat tiket tersebut berpeluang menonton Buih Buih Cinta 2 di pawagam bersama pasangan mereka,” kata Lisdawati dengan tersenyum manis.
Joyce Lee, Pengarah Urusan Johnson & Johnson Malaysia merakamkan penghargaannya kepada Giant atas kerjasama mereka dengan Johnson’s® baby Milk Bath untuk menyampaikan ganjaran tersebut kepada para pelanggan.
“Kami sangat gembira dengan kerjasama eksklusif dengan Giant dan kami berharap agar pelanggan mereka akan teruja bertemu bintang utama Buih-Buih Cinta 2, yang merupakan pasangan mesra dan penyayang serta manis dipandang sama ada di layar filem mahu pun dalam realiti sebenar!”
Pek Johnson’s® baby Milk Bath ‘3-in-1 Milk Therapy’ ini khas untuk menjadikan kulit licin dan lembut bak kulit bayi dengan membersihkan secara lembut menggunakan mandian susu, melembapkan kulit dengan losen susu dan memerangkap kelembapan dengan bedak.
Rangkaian ini mengandungi semua kebaikan protein susu semula jadi serta Vitamin A dan E yang memberikan kebaikan kepada kulit. Direka khas buat wanita masa kini untuk menikmati kebaikan mandian susu dengan senang di rumah.
“Untuk wanita moden yang mempunyai jadual yang sibuk dengan kerja dan keluarga, Johnson’s® Baby Milk Bath membolehkan mereka menikmati manfaat penjagaan kulit daripada susu untuk mendapatkan kulit lembut bak bayi dan cerah tanpa bersusah payah untuk berendam di dalam tab mandi,” kata Lisdawati.
Buih Buih Cinta 2 akan ditayangkan pada hari Khamis, 27 Mei ini, 7.30 malam di Cathay Cineplex, e@Curve, Mutiara Damansara. Tayangan ini tiada pilihan untuk tempat duduk. Tiket ditebus berdasarkan siapa cepat dia dapat dan begitu jugalah bagi tempat duduk di dalam pawagam nanti.
Aktiviti Temui Bintang & Penebusan Johnson’s® Baby Milk Bath dianjurkan bersama peraduan Kumpul dan Menang di seluruh negara yang diadakan pada bulan ini. Untuk maklumat lanjut mengenai aktiviti kemunculan bintang dan penebusan, sila hubungi talian
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.