Sabtu, 24 April 2010

Gani Patail menghadap Sultan Kelantan

ABDUL GANI keluar dari Istana Mahkota selepas menghadap Sultan Kelantan di Istana Mahkota, Kubang Kerian, Kota Bharu semalam.

KOTA BHARU - Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail menghadap Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra di Istana Mahkota, Kubang Kerian di sini semalam.

Beliau tiba di istana tersebut kira-kira pukul 5 petang dengan menaiki sebuah kereta Proton Perdana berwarna kuning keemasan bersama dua lagi lelaki termasuk pemandu yang turut mengiringinya.

Sumber istana memberitahu, tujuan kedatangan Abdul Gani adalah untuk mengadakan kunjungan hormat ke atas baginda dan beliau telah menghabiskan masa selama satu jam empat puluh minit dalam pertemuan tersebut.

"Kedatangan Peguam Negara bukan atas urusan kerja tetapi secara peribadi untuk menziarahi baginda serta bertanya khabar. Oleh itu, dia meminta tidak perlu diadakan sidang media dan sebagainya," kata sumber istana itu.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.