Sabtu, 3 April 2010

Harga minyak dijangka melonjak AS$100 setong

KEMASUKAN semula secara besar-besaran spekulator komoditi antarabangsa ke dalam pasaran minyak mentah menyaksikan harga bahan api itu kembali melonjak dan penganalisis tidak menolak kemungkinan ia mampu meningkat hingga melepasi paras AS$100 setong pada bila-bila masa.

Penanda aras urus niaga komoditi utama dunia itu, kontrak hadapan minyak Light, Sweet New York Merchantile Exchange meningkat kepada AS$84.87 dalam dagangan pasaran elektronik Asia semalam, iaitu paras tertinggi dalam tempoh 17 bulan, daripada AS$83.76 setong kelmarin.
Malah, sepanjang sesi dagangan semalam, harganya beberapa kali melonjak melepasi AS$85 setong.
"Permintaan minyak Amerika Syarikat telah susut, tetapi harga bahan api itu terus melonjak ke arah AS$90 setong, dan saya tidak menolak kemungkinan ia bakal kembali melepasi AS$100 setong"

Alsetdek Al Haj Ali
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd
Pengurus Kanan Kumpulan TA Investment Management Bhd, Alsetdek Al Haj Ali, berkata spekulator komoditi menjadikan peningkatan permintaan ekoran pemulihan ekonomi global sebagai alasan membeli kon-trak komoditi berkenaan.

Jika dilihat, permintaan minyak Amerika Syarikat, iaitu pengguna terbesar minyak dunia telah susut, tetapi harga bahan api itu terus melonjak ke arah AS$90 setong, dan saya tidak menolak kemungkinan ia bakal kembali melepasi AS$100 setong.

Sudah tentu keadaan ini akan meningkatkan bebanan subsidi kerajaan dan mewujudkan masalah kepada dunia. Salahkan orang yang sama yang menaikkan harga minyak mentah ke paras AS$145 setong pada Julai 2008 iaitu spekulator Wall Street, katanya ketika dihubungi Berita Harian semalam.

Atsetdek berkata, pelabur antarabangsa umumnya berfikir bahawa kenaikan pasaran saham bermakna peningkatan aktiviti perniagaan, justeru membayangkan bahawa permintaan tenaga bakal melonjak.
Andaian sebegitu ada logiknya tetapi ia masih andaian lemah kerana pemulihan global yang berlaku ketika ini masih tidak me-nyeluruh. Walaupun ada petunjuk pemulihan ekonomi khususnya di AS seperti peningkatan perbelanjaan pengguna dan perkilangan, tetapi masih banyak petunjuk lemah yang disiarkan termasuk perbelanjaan pembinaan yang rendah dan kadar pengangguran yang masih tinggi, katanya.

Beliau mengunjurkan harga wajar berasaskan permintaan global bagi bahan api itu ketika ini ialah antara AS$70 hingga AS$75 setong.

Susulan kegiatan spekulasi keterlaluan, harga minyak mentah dunia meningkat ke paras AS$145.29 setong pada 3 Julai 2008, justeru membawa kesan inflasi ke seluruh dunia yang mana antara lain turut menjadi penyumbang kepada kegawatan global.

Selepas ekonomi utama dunia seperti AS, negara Eropah dan Jepun mengalami kemelesetan, harganya menjunam ke paras AS$31.41 setong pada 22 Disember 2008.

Berdasarkan laporan, jumlah penggunaan bahan api Amerika dijangka hanya akan mengalami sedikit peningkatan tahun ini iaitu kepada 18.89 juta tong sehari berbanding 18.69 tong sehari pada tahun lalu.

Sementara itu, Pertubuhan Negara Pengeksport MInyak (Opec), yang dianggotai 12 negara pengeluaran minyak utama dunia menyatakan kebimbangan mengenai kenaikan tinggi harga minyak semasa, bagaimanapun tidak menggesa negara anggotanya meningkatkan kuota pengeluaran masing-masing.klik sini



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.