Khamis, 1 April 2010

Kartika Tak Sangka Hukuman Diubah


KUALA LUMPUR: Bekas model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor yang digantikan hukuman rotan dengan kerja-kerja khidmat masyarakat kerana kesalahan meminum arak hari ini tidak menyangka perubahan hukuman yang diterimanya.

Sambil menyatakan rasa hormatnya dengan titah Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah yang diterimannya melalui surat oleh Majlis Agama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang (MAIP) semalam, dia mengakui terkejut dengan keputusan itu.


"Perasaan saya bercampur-campur. Saya terkejut kerana keputusan ini amat tidak disangka-sangka," kata Kartika, 33, kepada pemberita di sini hari ini.

Kartika menerima surat daripada MAIP memaklumkan bahawa Sultan Pahang menitahkan supaya ibu kepada dua anak itu tidak dirotan sebaliknya diarahkan membuat kerja-kerja khidmat komuniti selama tiga minggu.

Dia memberitahu akan memulakan khidmat berkenaan di rumah amal kanak-kanak esok.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.