Selasa, 27 April 2010

Kontroversi:Neetu Chandra berbogel

NEETU Chandra memang seorang pelakon yang hangat dengan pelbagai kontroversi yang dicetuskan olehnya sendiri. Selepas gambar ghairahnya bersama seorang artis wanita lain dirakamkan, Neetu kini sekali lagi 'membakar api' apabila muncul bogel dalam adegan sebuah filem terbaru lakonannya, The Apartment.

Dalam babak tersebut, Neetu berbogel sewaktu mandi dengan baldi diletakkan di hadapan dan menutup separuh badannya.

Sewaktu ditanya tentang tindakan beraninya, Neetu berkata: "Saya menilai tindakan saya itu (berbogel) daripada sudut profesional. Pada mulanya, saya sedikit gementar, tetapi selepas melihat cara babak ini dirakam dan disunting, saya yakin ia tidak membangkitkan sebarang kontroversi."

Namun, Neetu bukanlah pelakon wanita pertama yang berbogel untuk babak mandi di dalam filem. Sebalinya, pelakon Smita Patil terlebih dahulu berbuat demikian dalam filem Chakra.

Kata Neetu, dia tahu Smita telah melakukan adegan yang hampir serupa dengan apa yang dilakukannya. Namun dia menegaskan tidak adil untuk membuat perbandingan antara mereka, memandangkan dia adalah pendatang baru dan pelakon wanita tersebut seorang legenda.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.