NAJIB (dua dari kanan) meneliti bank draf sebelum menyerahkannya kepada para peneroka pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas-Bekas Peneroka Felda Sungai Buaya di Hulu Selangor semalam.
HULU SELANGOR - Lawatan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke Kampung Sungai Buaya di sini semalam membawa kegembiraan buat penduduknya apabila mereka menerima empat hadiah besar termasuk penyelesaian beberapa masalah yang membelenggu penduduk sejak 20 tahun lalu.
Hadiah pertama yang disambut dengan penuh kesyukuran ialah apabila seramai 363 bekas peneroka dan waris peneroka Felda Sungai Buaya yang telah meninggal dunia menerima tunggakan bayaran wang RM50,000 atas urusan penjualan tanah Felda mereka pada tahun 1995.
"Bayaran pada hari ini (semalam) adalah RM1,000 tunai dan baki RM49,000 dalam bentuk draf bank, baki RM160,000 seekar (0.4 hektar) akan dibayar apabila tanah ini mula dibangunkan jika Selangor kembali kepada kerajaan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum akan datang," katanya ketika berucap pada majlis Penyampaian Pembayaran Tanah Felda Kepada Bekas-bekas Peneroka Felda Sungai Buaya di sini.
Selepas proses penjualan tanah berkenaan pada 1995, Felda Sungai Buaya tidak lagi wujud dan ditukar status kepada kampung biasa.
Hadiah kedua ialah janji oleh pihak Projek Lebuh Raya Utara Selatan Berhad (PLUS) untuk membina persimpangan bertingkat Sungai Buaya bernilai RM85 juta yang mampu menjimatkan masa perjalanan di antara 60 hingga 90 minit di Kilometer 436 Lebuh Raya Utara Selatan.
Hadiah ketiga, kata beliau ialah perlindungan insurans Islam untuk bekas peneroka Felda Sungai Buaya yang menjanjikan pampasan RM10,000 untuk waris jika bekaspeneroka meninggal dunia.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.