KUALA LUMPUR: Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengecam pimpinan Umno Barisan Nasional kerana merujuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen, sebaliknya tidak berbuat apa-apa dalam isu APCO Worldwide.
Biarpun tindakan Umno BN bukan sesuatu yang mengejutkan tapi mereka kesal kerana Anwar dilihat sebagai lebih berbahaya dari pengaruh zionis yang menular melalui firma perunding antarabangsa yang mesra parti pemerintah itu.
"Barisan Nasional meneruskan langkah untuk merujuk Anwar ke Jawatakuasa Hak dan Kebebasan, sebagai langkah awal untuk menggantung Anwar lantaran pendedahan tentang pembabitan antara kerajaan Malaysia dengan APCO.
"Kita tidak terkejut dengan langkah itu. Kita menjangkakan langkah terdesak itu akan dibuat oleh Barisan Nasional kerana pendedahan Anwar dibuat dengan penuh tanggungjawab dalam Parlimen.
"Yang sebenarnya, kita menolak balik bola di gelanggang kerajaan untuk memberi penjelasan. Kenapa mesti ambil syarikat perunding komunikasi antarabangsa APCO yang terang-terangan ada kaitan zionis Israel?" katanya.
Sehubungan itu, beliau dan pimpinan Pakatan Rakyat lain menganggap tindakan Tian Chua menghantar notis bagi membawa usul supaya pelantikan Apco Wolrdwide dibatal, sebagai munasabah.
Sebaliknya, mereka tidak nampak alasan mengapa Anwar perlu diheret ke Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Parlimen sedangkan Ketua pembangkang itu sudah membentang segala bukti dan dokumen sokongan seperti kemahuan pemimpin Umno BN sendiri.
"Bagi saya tuntutan dalam usul untuk batalkan perjanjian APCO adalah permintaan yang munasabah, yang wajar. Sebab itulah seruan ketua pembangkang berdasarkan maklumat terperinci yang didedahkan Anwar dalam parlimen minggu lalu.
"Lebih-lebih lagi, pendedahan itu dibuat secara penuh, secara terperinci membabitkan hubungan UMNO dengan beberapa firma atau tokoh Israel," kata Naib Presiden PKR, R Sivarasa.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.