Isnin, 26 April 2010

Perkasa Mahu Orang Cina 'Dihukum'

Gerakan Perkasa mahu kerajaan menahan semua bentuk peruntukan dan projek-projek pembangunan yang diluluskan kepada masyarakat Cina Hulu Selangor kerana enggan menyokong Barisan Nasional.

Presiden Datuk Ibrahim Ali berkata meskipun BN menang dalam pilihanraya semalam, tetapi pengundi Cina meninggalkan gagasan itu dan menyokong Pakatan Rakyat.

"Kerajaan perlu menangguhkan semua peruntukan dan projek-projek yang telah diluluskan untuk masyarakat Cina," kata Ibrahim dalam satu kenyataan mengulas keputusan Pilihanraya Kecil Hulu Selangor.

Ibrahim, yang mendakwa dirinya Ahli Parlimen Bebas, juga menuntut kerajaan menolak sebarang tuntutan dari parti komponen BN seperti MCA dan Gerakan, kerana masyarakat Cina tidak mensyukuri nikmat yang diberikan kerajaan BN pimpinan Umno.

"Mereka tidak mensyukuri usaha kerajaan BN, meskipun kerajaan BN terpaksa melukakan perasaan orang Melayu dan Orang Asal," tegasnya.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.