Isnin, 5 April 2010

Putri Munawaroh berdepan hukuman mati

 Seorang wanita Indonesia yang didakwa kerana melindungi pengganas pelarian, Noordin Mohammed Top di dalam rumahnya selama dua bulan bakal berhadapan hukuman mati jika terbukti bersalah, kata pendakwaraya hari ini.

Putri Munawaroh yang satu-satunya terselamat ketika pihak polis menggempur rumahnya selama sembilan jam di Jawa Tengah, September lalu, di mana Noordin dan tiga lagi pelampau Islam termasuk suaminya terbunuh.

Munawaroh, 20, dihadapkan ke mahkamah hari ini atas dakwaan menyimpan senjata api secara haram serta memberikan bantuan kepada pihak pengganas.

Menurut salinan pendakwaan yang diterima AFP, pendakwaraya Teguh Suhendro berkata, suami wanita terbabit, Susilo Adib membawa Noordin ke rumah mereka sebagai “tetamu” pertengahan Julai tahun lalu, sehari selepas serangan terakhir pengganas.


“Noordin M. Top ... pada masa itu merupakan tersenarai orang yang paling dikehendaki kerana melakukan serangan ke atas hotel JW Marriott and Ritz-Carlton,” katanya.

Munawaroh memakai tudung ungu dengan jubah panjang ketika pertuduhan dibacakan di Mahkamah Daerah Jakarta Selatan tetapi tiada pengakuan dibuat.

Perbicaraan kes tersebut ditangguhkan Rabu ini kerana ketua hakim tidak dapat hadir hari ini.



Tiada ulasan:

Catat Ulasan

segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.