Amat menyedihkan apabila terdapat anak muda yang berpakaian lengkap baju Melayu dan bersongkok seolah-olah mahu menunaikan solat Jumaat, rupa-rupanya sekadar melepak di pinggiran masjid.
Perbuatan itu sebenarnya sudah lama dikesan dan anggota penguat kuasa Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT) sebelum ini pernah mengadakan operasi menahan remaja terbabit, namun ia seperti tidak pernah berasa serik.
Tinjauan Sinar Harian di sekitar bandar raya ini mendapati, beberapa kumpulan anak muda yang segak berbaju Melayu menjadikan Taman Awam Batu Burok dan tempat rekreasi berdekatan Masjid Tengku Tengah Zaharah sebagai ‘port’ mereka berkumpul.
Semua mereka dalam lingkungan belasan tahun sehingga 20-an dilihat berkumpul di atas motosikal masing-masing tanpa rasa segan silu, apatah lagi ketika itu jemaah lain khusyuk menunaikan solat Jumaat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
segala komen akan diterbitkan,pihak pengurusn tidak akan bertanggungjawab atas ulasan yang menyalahi udang-undang penerbitan.